Category Archives: Chill out~…

Kasih sayang rumput~…

Pada suatu hari, di sebuah sekolah ada seorang murid yang penuh rasa ingin tahu bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Bagaimana kita nak jaga kasih sayang itu agar berkekalan?

Cikgu : Ok,kamu ikut apa yang saya suruh. Sekarang saya nak kamu pergi ke padang sekolah. Semasa kamu berjalan di atas padang,saya nak kamu pandang pada rumput di depan kamu. Kemudian, saya nak kamu pilih rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun. Sesudah kamu cabut rumput yang paling cantik, sila bawa ke kelas…

Setelah mendengar arahan dari gurunya,pelajar tersebut keluar dari kelas menuju ke padang sekolah, tidak jauh dari bilik darjahnya. Apabila pelajar tersebut pulang semula ke kelas,tiada sehelai rumput pun ada di tangannya. Cikgu dan murid-murid lain merasa hairan,lalu bertanya kepada pelajar tersebut…

Cikgu : Kenapa tiada sehelai rumput pun yang kamu pilih?

Pelajar : Tadi semasa saya berjalan, saya cuba cari rumput yang paling hijau dan cantik. Memang ada banyak yang cantik,tapi cikgu minta saya pilih yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang.

Pelajar itu meyambung lagi…

Pelajar : Saya terus berjalan sampai ke penghujung padang, saya tak jumpa pun satu yang paling cantik. Mungkin ada di antara rumput di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi bila saya teringat cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya pilih…

Cikgu : Ya..sebenarnya itulah jawapan kepada soalan kamu.Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita memilih yang lebih baik dari itu, kerana kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya… Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang berlaku tetap sudah berlaku.

Semoga yang telah berlalu tidak berulang lagi, dan ingatlah… orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik, walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik… fikir-fikirkanlah…

P/S: I love you…whoever you are… ;-)

1 Comment

Filed under Chill out~...