Jiwa meminta,perut merasa~…

Last week, Friday morning to evening….

Ngantok tahap melampau…terlebih berat muatan daa kelopak mata aku  nih!!

Sepetang nih aku memang tak dapat tahan rasa mengantok aku yang melebihi tahap yang dibenarkan oleh Jakim…uiks..lebey dah la tuh… mana taknya,sepagi aku takde di ofis…

Sebenarnye aku malas nak panjangkan cerita sepagi aku di mana… jadi,aku “short cut” kan citer aku kepada karangan pendek yer… dah lama aku tak tunjuk skill aku mengarang nih..heheh!

Pagi ni,bila aku sampai je kat parking lot school pjj,aku tgk kete budak ofis haku kemek kat sebelah pintu driver…Honda tu beb…tgk kecederaan pada kete tu,mau 3-4 ratus gak nak repair tu…tergaru2 dagu aku mencari jawapan yang tak pasti,apa kene dengan kete minah nih…bila sampai je ofis,aku tgk semua bebudak ofis cemas je…especially tuan punya kete….air mata tu memang confirm,dah sekole dok meleleh… dengan gaya selamba mamba,aku straightforwardkan soklan aku…”girl,what happen to your car?”…bila aku tanya,makin cebik pulak aku tgk minah nih…aiseh…straight sgt ke aku tanya centu… melalui penceritaan kawan-kawan ofis, baru aku dapat tau…kete dia kene langgar dengan motosikal… uiks?logik ke? hehehe~… memang kalo ikutkan kepala otak,dengarnye macam tak logik… dah macam kambing tanduk gajah,logik ke tuh? ranap gigi si kambing tu…heh!

So,bila aku tanya dia elok2,dia pon citer la kat aku…dia nak masuk parking,bagi signal nak buat U turn, sekali ada motor tu laju sangat datang dari arah yang sama, tak sempat nak break kecemasan, kebaaboom…!! langgar la tepi keta kawan aku nih… agaknya dia nak cuba test skill rempit dia kot..haha~…. kalo nak ikutkan sapa salah, mmg la masing2 tak ngaku salah… kesian punya pasal,so aku follow la kawan aku gi kedai motor,tgk kecederaan motor tu plak…agak serius gaks ler…mmg kena sangat analogi yg aku guna tuh… ranap baii…!! pastu,kami gi lak melawat tuan motor kat Pusat Kesihatan USM… khabor nye cedera…nak jadi citer,nasib baik la dia staff USM…kalo tak,jenuh la kawan aku ni nak membayor!lengan crack tuh…mmg laju sungguh dia bawak motor tuh… Dari pagi sampai tengahari gak la aku teman dia gi sana sini sinun… at the end,tuan motor tu kata, ” kasi settle saya punya moto sudaa,kalau tak macam mana  mau pergi kerja~“… habih satu cerita!

Sebetulnya tengahari ni,kami satu ofis cadang nak kuar makan sbb nak buat farewell party kat akak ofis yang dah nak berenti sbb dapat keje lain… since kawan aku tu nak balik sbb trauma,kami tetap kuar jugak memandangkan sebab dah berjanji…

Destinasi yang kami terjah adalah Restoran PakHussin yang terletak di Sg. Ara… Setibanya kami berlima, ish… punya la ramai orang kat situ… dahla kete aku parking jauh sebatu, berair ketiak aku ni nak berjalan ke restoran tuh… nak makan sedap punya pasal…kami gagahkan jugak! Asyik kami mengendap port baiikk punya… lastly,kami dapat tempat paling cool sekali,no meja pon ong,no 8 tu baii..heheh~… kipas kiri kanan,dengan lampu tido tergantung kat tepi dinding! silap-silap leh tetido kat situ…pendebat

kawan-kawanku pendebat terhandal! jelas kelihatan wajah-wajah kekenyangan…haha~…

Lama kami parking kat port tuh,ada la dalam 7 minit..sapa pon tak datang tanya order lagik.. adeh,perut dah berbunyik sakan dah nih… dah kuar lagu dangdut Rihanna dah pon..! Penat dok gawang tangan,akhirnya ada la akak nih datang amek order… sebaik saja dia hulurkan menu, terus saja pihak pencadang dan pembangkang  berdebat set mana yang perlu kami order… A ke B? aku tgk akak tu dah garu2 dagu tgk aksi2 pendebat terhebat di restoran tuh..hahaha~… dgn kata sepakat,kami order la set B yang bernilai RM 50.00…. dalam set B ni ada:

– Ikan siakap sederhana goreng 3 rasa

– Kailan goreng ikan masin

– Kerabu sotong

– tomyam campur tanpa udang (ada org alergik udang)

ikan siakap

sebelum diterjah….

siakap dah habiss...

selepas diterjah…nyam..nyam~….

Asyik bersenda gurau ketika makan…tengok2 lauk pon licin dah~….not bad la makanan kat situ… out of 5,aku bagi 4! kami balik ke ofis tengahari tu dengan hati yang girang dan perut yang kenyang…. jiwaku meronta2 kelaparan,perutku yang merasa habuan!

p/s: sekarang dah tau kenapa aku mengantok tahap pelanduk nak naik gunung dah~…. Erk,alhamdulillah…..

Advertisements

Leave a comment

Filed under Life Is Like A BooK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s