Monthly Archives: January 2009

“Pria terhebat~…”

Monday night….

We had a satay barbecue… 200 sticks altogether… yashaa~…(^_^)… I was so~ full satayuntil i could barely  sleep that night…haha~… As i  keep watching my brothers grilled those satay,I stared at them one by one…then, I realized that all of us grown up so fast… It feels like only yesterday we are very small kids~…. Time move so quickly without you realizing it… Well, change is law… whether you like it not, there will always be changes in your life…

Satay dibakar

ganbatte minna san~!!

My family…all of us are eight in numbers including my parents… Frankly,i’m the second oldest of my siblings consisted of 4 boys and 2 girls.. the big brother is now working in Shell, particularly in quality control,and  my sister is praticing medical courses in Selayang Hospital… I hope she’ll become a doctor,one day (^_^)… My three other brothers are still studying, one of them is graduating this year from one of the local universities… yattaa~… i always pray to Allah, may all of them always be blessed by Him and may they succeed in whatever good deeds that they do,amin~…ngeeee

I’m so~ thankful to have such a wonderful family… our bonding is so strong and it’s really rare to see one of us quarreling with each other… (^^,)

Ooopss,what am i talking about? Haha~…guess i was so moved when i talk about them..hehe~…

Actually, the barbecue is for my big brother because the next day is his 28th birthday… I would like to wish him, happy birthday dear brother… I always love you and wish you to have a happy and blessful life,amin~….

Also,to my dear sister which her birthday fall a week before… Happy 22nd birthday! I hope you’ll succeed to reach your dream of becoming a doctor… May Allah blesses you all the time…

Kyaaaahh~…it feels like i’m in the middle of soothing mood right now..haha~… well,i have to admit it,each time i talk about my family,definitely i’m gonna be in this mood…melting and mind-blowing… hehe~….

cool!Well,by the way… we had so much fun that night… thank you to mom and dad,u guys are always the best…Alhamdulillah… I looove~ you all… mmmuaaah!!

Yattaa~….

p/s: If i go on like this for one month,definitely i’m gonna be fat! yikes!!

2 Comments

Filed under FamilY & FriEnds

Jiwa meminta,perut merasa~…

Last week, Friday morning to evening….

Ngantok tahap melampau…terlebih berat muatan daa kelopak mata aku  nih!!

Sepetang nih aku memang tak dapat tahan rasa mengantok aku yang melebihi tahap yang dibenarkan oleh Jakim…uiks..lebey dah la tuh… mana taknya,sepagi aku takde di ofis…

Sebenarnye aku malas nak panjangkan cerita sepagi aku di mana… jadi,aku “short cut” kan citer aku kepada karangan pendek yer… dah lama aku tak tunjuk skill aku mengarang nih..heheh!

Pagi ni,bila aku sampai je kat parking lot school pjj,aku tgk kete budak ofis haku kemek kat sebelah pintu driver…Honda tu beb…tgk kecederaan pada kete tu,mau 3-4 ratus gak nak repair tu…tergaru2 dagu aku mencari jawapan yang tak pasti,apa kene dengan kete minah nih…bila sampai je ofis,aku tgk semua bebudak ofis cemas je…especially tuan punya kete….air mata tu memang confirm,dah sekole dok meleleh… dengan gaya selamba mamba,aku straightforwardkan soklan aku…”girl,what happen to your car?”…bila aku tanya,makin cebik pulak aku tgk minah nih…aiseh…straight sgt ke aku tanya centu… melalui penceritaan kawan-kawan ofis, baru aku dapat tau…kete dia kene langgar dengan motosikal… uiks?logik ke? hehehe~… memang kalo ikutkan kepala otak,dengarnye macam tak logik… dah macam kambing tanduk gajah,logik ke tuh? ranap gigi si kambing tu…heh!

So,bila aku tanya dia elok2,dia pon citer la kat aku…dia nak masuk parking,bagi signal nak buat U turn, sekali ada motor tu laju sangat datang dari arah yang sama, tak sempat nak break kecemasan, kebaaboom…!! langgar la tepi keta kawan aku nih… agaknya dia nak cuba test skill rempit dia kot..haha~…. kalo nak ikutkan sapa salah, mmg la masing2 tak ngaku salah… kesian punya pasal,so aku follow la kawan aku gi kedai motor,tgk kecederaan motor tu plak…agak serius gaks ler…mmg kena sangat analogi yg aku guna tuh… ranap baii…!! pastu,kami gi lak melawat tuan motor kat Pusat Kesihatan USM… khabor nye cedera…nak jadi citer,nasib baik la dia staff USM…kalo tak,jenuh la kawan aku ni nak membayor!lengan crack tuh…mmg laju sungguh dia bawak motor tuh… Dari pagi sampai tengahari gak la aku teman dia gi sana sini sinun… at the end,tuan motor tu kata, ” kasi settle saya punya moto sudaa,kalau tak macam mana  mau pergi kerja~“… habih satu cerita!

Sebetulnya tengahari ni,kami satu ofis cadang nak kuar makan sbb nak buat farewell party kat akak ofis yang dah nak berenti sbb dapat keje lain… since kawan aku tu nak balik sbb trauma,kami tetap kuar jugak memandangkan sebab dah berjanji…

Destinasi yang kami terjah adalah Restoran PakHussin yang terletak di Sg. Ara… Setibanya kami berlima, ish… punya la ramai orang kat situ… dahla kete aku parking jauh sebatu, berair ketiak aku ni nak berjalan ke restoran tuh… nak makan sedap punya pasal…kami gagahkan jugak! Asyik kami mengendap port baiikk punya… lastly,kami dapat tempat paling cool sekali,no meja pon ong,no 8 tu baii..heheh~… kipas kiri kanan,dengan lampu tido tergantung kat tepi dinding! silap-silap leh tetido kat situ…pendebat

kawan-kawanku pendebat terhandal! jelas kelihatan wajah-wajah kekenyangan…haha~…

Lama kami parking kat port tuh,ada la dalam 7 minit..sapa pon tak datang tanya order lagik.. adeh,perut dah berbunyik sakan dah nih… dah kuar lagu dangdut Rihanna dah pon..! Penat dok gawang tangan,akhirnya ada la akak nih datang amek order… sebaik saja dia hulurkan menu, terus saja pihak pencadang dan pembangkang  berdebat set mana yang perlu kami order… A ke B? aku tgk akak tu dah garu2 dagu tgk aksi2 pendebat terhebat di restoran tuh..hahaha~… dgn kata sepakat,kami order la set B yang bernilai RM 50.00…. dalam set B ni ada:

– Ikan siakap sederhana goreng 3 rasa

– Kailan goreng ikan masin

– Kerabu sotong

– tomyam campur tanpa udang (ada org alergik udang)

ikan siakap

sebelum diterjah….

siakap dah habiss...

selepas diterjah…nyam..nyam~….

Asyik bersenda gurau ketika makan…tengok2 lauk pon licin dah~….not bad la makanan kat situ… out of 5,aku bagi 4! kami balik ke ofis tengahari tu dengan hati yang girang dan perut yang kenyang…. jiwaku meronta2 kelaparan,perutku yang merasa habuan!

p/s: sekarang dah tau kenapa aku mengantok tahap pelanduk nak naik gunung dah~…. Erk,alhamdulillah…..

Leave a comment

Filed under Life Is Like A BooK

Oh,my day~…

Today….

Hmm…today is exactly like my usual days of the week…. I think, almost every Monday to Friday, every week.. I’m doing the same routine over and over again…! Today, I wake up at 6.20 in the morning,after I heard “adzan” from masjid… Then,after i perform Subuh(dawn) prayer I lay myself down on the floor,staring up at the ceiling for a while…

7.30 in the morning, I was ready to go down of my house  and have breakfast…. Most of hanakimithe time I’ll arrive at my office at 8.30 a.m… Today,I arrived at 8.33 a.m… well, nothing much to do for today… actually, I need to prepare a journal and do research about learning technology, because that’s what i do~… but…it happens that,today i don’t fill up with energy and excitement as i always do… i guess it’s because either i was tired or my mind is floating with “ikemen” guys from HanaKimi…Kyaaaahh~…. (@.@)

I like these guys A LOT~…yashaaa~….

nanba Oguri and Hiro are so~ kakkoi!!

It’s really tiring actually if you really got  into becoming a fan of somebody… It’s like day dreaming i can say… well, it’s not that i like them so much to the extend i’m hurting myself…hahaha~…

I still can differ…what’s good and what’s bad… Its all on you! how you want to perceive something that you really like or you don’t like in this life… life is so short to hate someone or to love someone… so,don’t go the way the life takes you..take the life the way you go~….

p/s: I still keep thinking of Sano…Nakatsu…Nanba senpai…yattaaa~….

Leave a comment

Filed under Life Is Like A BooK

I Love “HanaKimi”~….(^_^)

Friday night,last week…

Hanazakari Kiminotachi e~….I’ve been watching this j-drama(japanese drama) for the last few days…hontouni kakkoii~(truly entertaining)…. (^_^) I know most of people (especially those who crazy of japanese dramas) already watched this soo~ cool drama! well…  although i’m a bit late i can say, i’m soo~ grateful i’ve already watched it….  I’ve finished it that Friday night, almost 1 a.m in the morning…. and i’m so~ into it right now… I can’t help it…!! (^^,)

hanakimi9 the hotties paradise…hontouni kawaii~!

The story is about a girl(ashiya mizuki) who enters the boys’ school (hotties paradise!), to find a guy (sano izumi) that she really adores because he did high jumping… it’s been quite a long time after the tragic incident they had,the guy never do the jumping again… so,she disguised as a boy and enter the school to find that guy and you have to watch it yourself to find out what happen after that… it was actually derived from japanese manga(comic) and they did a wonderful job to come out with this drama as i laugh and cry A LOT~ for this sweet touching drama…. (^_^)… it’s really exciting yet so delightful to watch this kind of drama…. out of 5,i give this drama 4.75 !! hana kimi the leads in hanakimi…i love all of them!! ^^,

For those who like ‘hotties’…watch this drama,it’s really entertaining!! and the guys are so~ adorable~…yattaa~…. (@_@)

p/s: Maki acted so good like a boy & Oguri Shun is just so Kakkoii~(cool)…

Leave a comment

Filed under Thoughts & Impressions

Madu..Madu…senyummu manis,semanis madu!

Sunday evening,yesterday….

Aku sedang asyik menjamah nasi bersama sup ayam dan ikan goreng(kombinasi yang sukar diterima oleh sesetengah golongan) apabila ibu tiba-tiba menyapa…

“Nak ikut ke tak?”

Aku memandang ibu sambil mengerut dahi, keningku terangkat…aku kurang pasti sebenarnya maksud soalan tu…sekali lagi ibu bertanya…

“Nak ikut tak mak pergi Perlis?Mak dengan ayah nak gi Perlis, antar komputer kat Ejat…”

Baru aku teringat, adik aku yang sedang belajar di Uitm Arau mintak kami hantarkan komputer ke sana…walaupun pada mulanya aku terasa begitu malas nak ikut,memandangkan hujung minggu begini aku gemar menghabiskan masa bersama talivisiyun(TV) di rumah..hehe…sedang aku asyik menimbangkan perasaan aku untuk ke sana,aku disapa sekali lagi oleh ibu…malas berfikir panjang,aku terima pelawaan ibu atas dasar nak jadi anak yang solehah..hah..hah..hah~…

Cepat-cepat aku sudahkan makan,kemudian pergi mandi & solat Zohor…Jam menunjukkan pukul 3 suku…bila aku turun untuk check out progress ibu dgn ayah aku, well…macam biasa…aku lihat ibu sudah lengkap semuanya..ayah? masih berkain pelekat sambil berposing depan keretanya…hehe~…aku duduk di depan pintu sambil memerhati gaya couple lama bercinta…ibu asyik dengan leteran nya,ayah pula menyambut dengan muka yang selamba…kadangkala aku rasa letih mendengarnya,but most of the time aku rasa terhibur pula dengan mereka….but frankly, I’m so grateful and thankful to have them as my parents….tiada siapa mampu menggantikan mereka…I Love you,mom & dad…(^_^)

As the journey begins…aku memandang ke sawah padi yang berdekatan dengan rumahku…terasa begitu nyaman dan damai sekali…terasa begitu bertuah kerana masih mampu menikmati keindahan sebegitu…masih teringat waktu kecilku…aku yang kasar ala-ala tomboy sangat gemar menghabiskan masa bersama geng abangku…port kami memang sure nye kat sawah bendang tuh…kalo tak mandi ban(tali air),kami panjat pokok jambu batu sambil menyanyi… acapkali juga kami dikejar lembu jantan maklong ku…tapi hairan,belum pernah pula seorang daripada kami kena penanduk (tanduk)… i guess we are so lucky at that time…hehe~….kampungku

tempat bermain masa kecilku….

Alor Setar Selatan…mata aku begitu layu sekali…entah bilanya aku terlelap…apabila aku terjaga kami sudah memasuki Perlis…jam hampir ke pukul 5petang…ibuku menelefon adikku…aku masih blur melihat keadaan sekeliling…kami melepasi Istana Perlis,baru aku sedar rupanya kami hampir sampai ke Uitm Perlis…

Seusai menunaikan Asar di masjid Uitm…adikku mengajak kami makan satu dish special katanya…ada ekspo yang dianjurkan oleh rukun tetangga berdekatan Uitm dan KMP…selepas meghantar komputer ke biliknya,kami bergegas ke tapak ekspo yang besarnya setengah padang bola ja…

Kue teow goreng special gred A 4pinggan! itulah menu yang kami order…adikku bgtau,boleh tahan sedapnya kue teow madu special rakyat Perlis nih….tak sampai sepuluh minit…hidangan siap…baru sahaja aku nak sumbat kue teow tu ke mulut aku,tetiba aku dengar bunyik muzik yang dasyat! Terpinga-pinga ibu dan ayahku mendengarnya…Ceh! sekali ada konsert kecik ala-ala karaoke tak jauh dari tempat kami makan…hilang lenyap sudah ketenteraman aku nak makan…nak tak nak…aku buat dek sambil makan perlahan-lahan…dah macam orang pekak kami berempat masa tu… nak sembang pon terjerit-jerit….p5

So far,kue teow tu boleh tahan sedapnya…kue teow sepinggan,bersama udang sederhana 5 ekor, ketam sebelah plus telur mata sebijik…RM 3.50 sepinggan…not bad,huh?murahnya makanan rakyat jelata Perlis nih..kalo kat
Penang ni mau 5 ringgit dah tuu…

p6

Jam hampir pukul 7malam…kami beransur diri…selesai menghantar adikku balik ke hostelnya…ibuku memecut laju pulang ke destinasi…namun suatu yang aku tak buleh lupa…lagu dangdut yang dinyanyikan sorang minah masa kami tengah menjamah kue teow madu, benar-benar mencuit hati…seolah-oleh menyambut kedatangan kami ke Perlis untuk mejamah kue teow madu!

Madu…Madu….senyum mu manis,semanis madu…lalaalaaa~…

Leave a comment

Filed under Life Is Like A BooK

Damai yang hilang….(T_T)

Last week,Sunday night….

Aku leka tengok Star Movies (yang dilanggan ayah aku dek demam pirates of the carribean), sebab ada citer Titanic! Lama sangat aku tak tengok citer tu…layan je laa…almost to the end of the movie,air mata aku berambu2 turun macam air ujan…aku ni sensitif betol kalo citer yang touching… ada bab2 tangisan pilu nih…sure nye paip air mata aku ni terbukak secara automatik! sobs…sobs…

Then, aku tengok jam di handset…10minutes before 10p.m. Aku pon bukak la channel lain…malas aku nak melayan citer sedih mat saleh nih…baik aku layan citer mat sentul ke…terhibur la sikit hati… asyik aku menekan remote control astro yang dah 6 kali tukar sbb asyik jatuh n rosak, aku terhenti seketika bila tengok ada program Halaqah kat TV9 dekat di hati…Kekejaman Israel

Tajuk yang dibincangkan membuatkan aku tak jadi menukar channel lain…aku terus letak remote control tu kat atas meja…”AL-AQSA”…huraian dan syarahan yang panel2 jemputan Halaqah beri memang sangat logik dan masuk akal sehingga membuatkan aku turut sama mengiyakan dengan anggukan perlahan… Antara isi kandungan yang menarik dan boleh dikongsi tentang apa yang telah diperbincangkan dalam Halaqah malam tadi:

*Puak pelampau Yahudi telah melakukan suatu kezaliman yang amat dasyat terhadap masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 sehingga tertubuhnya OIC pada tahun itu juga…

*Bangsa Yahudi ada dua matlamat utama yang ingin dicapai dan selagi matlamat itu belum dicapai,selagi itulah mereka akan terus-terusan menzalimi penduduk Palestin…Mereka ingin tuntut so called “The Promise Land” & membina “The Temple of Solomon”…

*Yahudi yang wujud di dunia sekarang dipanggil Yahudi Laknat iaitu Yahudi yang bukan dari golongan asal bangsa Yahudi terdahulu kerana bangsa Yahudi asal sudah hampir tiada lagi di dunia ini…jadi,tidak timbul soal mengapa Tanah Palestin harus menjadi milik mereka walhal mereka bukannya berasal dari tanah itu…

*Kebakaran yang sengaja diadakan di dalam masjid Al-Aqsa…dan terowong bawah tanah yang dibina di bawah masjid Al_Aqsa sejak sekian lama adalah langkah2 puak pelampau yahudi yang mahu memusnahkan masjid suci itu dan menjadikannya “The temple of Solomon”…. the new target?

Oleh itu, wahai saudaraku sekalian…mungkin berdoa adalah perkara paling kecil yang mampu kita lakukan untuk membantu umat Islam di bumi Palestin,tetapi percayalah…jika kita lakukannya dengan bersungguh2 dan istiqamah… Allah tidak akan mensia2kan usaha kita…we must do our best,let Allah do the rest…HENTIKAN KEKEJAMAN ISRAEL!!!

Di penghujung rancangan Halaqah putarkan lagu “Damai yang Hilang” nyanyian Nowseeheart bersama paparan penduduk Palestine yang syahid di atas kekejaman Israel…Terasa panas pipiku tatkala airmata mengalir laju…Kali ini aku aku rasa berbaloi atas tangisan air mataku, yang sebak dan pilu melihat kesengsaraan saudara2 di Palestine…

Oh Tuhan…hilang sudahkah damai di bumi ini….

Leave a comment

Filed under Thoughts & Impressions

Pagi yang gelap~….

ala-ala pemandangan Lord of The Rings

Pagi yang gelap….

Aku bangun pagi itu tak seawal biasa…saat kelopak mata aku terbukak…aku agak blur bila aku sedar matahari begitu terang pagi itu…aku teraba-raba mencari handset Nokia di bawah bantal…berkali-kali aku tonyoh mata aku yang tak gatal….mataku terbuntang luas…terkejut aku melihat jam yang sudah menghampiri 9 setengah pagi…aku benar-benar tak percaya…terasa seolah baru sekejap saja aku melelapkan mata seusai menunaikan solat Subuh tadi…

Kelam kabut aku bangun,turun tangga melungsur ala-ala citer kartun ghostbuster bila dengar siren…tanpa menoleh ke kiri kanan,aku terus singgah ke bilik air…mandi setakat satu kolah air hujan (shower),aku belah kuar…sedang aku tercungap-cungap ke kamar beradu ku,sempat aku menjeling jam dinding di dapur…hampir 9.40pagi…aku yakin masih sempat!

Bila saja aku usai memakai baju dan sedang kemas bilik tidur…sayup-sayup aku dengar deruan enjin kereta memasuki halaman rumahku yang sekangkang lembu belaan maklongku…aku panik…panik seketika…cepat-cepat aku lipat lemek yang menjadi tempat aku bermanja bersama beruang-beruang kecilku (teddy bear)…lantas,sekali lagi aku turun melungsur ala-ala ghostbuster…cepat-cepat aku mencapai bakul baju yang sudah dibasuh dan berlari-lari anak ke depan sebelum terlambat…

Malang…memang malang…aku lihat ibuku sudah jejak kaki ke dalam rumah…muka&ekpresi nya usah ditanya… mengalahkan Simon Cowell yang bengang bila audition American Idol…berkeriut muka aku menahan debar dan berlagak selamba…ibu menejeling aku sepintas lalu…tersa seolah kilat menyambar biji mataku….ibuku mula menggerakkan bibirnya…aku menahan telinga…PaaaannNngg!! nah…semburan dan hamburan dan leteran semuanya bercampur aduk sehingga pertahanan aku untuk berlagak selamba jadi layu dan lesu….adoyaiiii…sakitnya telinga malah sakit lagi hati kecilku ini mendengar leteran ibu yang berbisa dan pedih….

Lemah longlai aku keluar dari rumah…mengheret sama bakul baju yang 5-6 kilo berat…aku memandang langit pagi… pagi yang gelap kini sudah terang…malang nasibku dileter ibu…selesai aku sidai baju..terasa malas nak masuk ke rumah…hati kecilku seolah-olah merajuk dengan leteran ibu…aku pon merajinkan jiwa anak daraku menyapu halaman rumah… habis daun-daun kering aku sauk ke dalam penyodok….terasa bersih dan lapang seketika…

Aku lepaskan lelah di anak tangga di hadapan rumah…sambil kembali memandang langit…ku harapkan “pagi yang gelap” pada hari itu…namun lagu dendangan Hujan terus-terusan bermain di fikiran ku… pagi yang gelap kini sudah terang….

Leave a comment

Filed under Life Is Like A BooK